hai semua.. korang sihat? hopefully sihat-sihat selalu k.. hari ini aku ingin mencoretkan nurkilan perasaan hati buat si adam yang dicari.. wahai adam, yang ku impikan bukanlah harta benda dan kekacakan kamu.. tetapi agama mu yang diletakkan di tempat yang paling atas dalam diri kamu.. aku mengimpikan seseorang yang boleh membimbing diriku dan bakal anak-anak kita kelak, kerana diri ini bukan sempurna.. kita akan bersama-sama melalui hari dengan berkat ilahi.. aku menjumpai banyak si adam.. tetapi dikalangan mereka belum lagi ku temui adam cinta hatiku.. memang aku sedar, setiap insan yang bernama adam berbeza, tidak mungkin wujudnya adam yang perfect.. tetapi sekurang-kurangnya si adam itu perfect dikaca mataku.. perfect dari segi pandangan mataku ialah si adam yang mempunyai 3 kunci.. kunci rumah, kereta dan kerja.. tanpa tiga elemen ini bahagia tidak akan dicapai.. kenapa?? sometime orang cakap saya ini terlampau memilih.. tetapi sedarkah korang, kita perempuan, selayaknya memilih bukannya dipilih.. kerana pilihan itu terletak ditangan kita.. kita yang harus menentukan perjalanan hidup ini.. lelaki yang benar-benar dianggap khalifah ialah seseorang yang mempunyai ciri-ciri ini kerana bagi mereka, merekalah yang harus melindungi keluarga mereka, memastikan isteri dan anak-anak sentiasa dalam keadaan yang baik, bukannya hasil simpati dari orang lain.. bersama-samalah kita membina perhubungan ini berlandaskan islam kerana dari situ wujudkan keberkatan dan redho ilahi.. luv u oll xoxo

No comments:
Post a Comment