Assalamualaikum anyone.. hopefully ade la yang sudi bertandang di laman blog saya ini.. waaa, rasanya sudah lama saya tidak active berbloging nie.. hehe..bukan ape, bz sangat3.. yer2 la tu bz kan, mengalahkan Menteri Besar pulakkan..hehe.. actually saya sengaja buat blog yang baru.. bukan ape, malas mengingat kisah silam..coz ada berkait dengan seseorang.. hehe.. siape tu?? malas nak ingat..so sekarang kita bukak buku baru, laman baru, jiwa baru, hati baru.. hati baru?? opssss.. bab hati ini, biarkan pintu itu tertutup buat masa sekarang.. insyaAllah akan tiba saatnya pintu hati ini akan terbuka sendiri, tanpa dipaksa, tanpa diduga kehadirannya..selepas ini biarlah bermula dengan cinta yang suci dan mendapat keredhoan dari Allah SWT..bukan ingin mengelak menyintai seseorang buat masa ini, tetapi biarlah bersendiri dahulu..tanpa cinta, saya mampu untuk hadapi kehidupan ini.. saya bertuah kerana mempunyai family dan kawan-kawan yang sentiasa menyokong diri ini dan sentiasa berada bersama-sama saya.. so, tiada istilah kesunyiankan.. biarlah kita menyintai diri sendiri dahulu, barulah menyintai seseorang.. insyaAllah..andai tibanya hari itu, akan ku menadah tangan kesyukuran selepas selamat diijab kalbukan oleh seseorang yang cukup istimewa.. suamiku..
Love has its own instinct, finding the way to the heart, as the feeblest insect finds the way to its flower, with a will which nothing can dismay nor turn aside.
Saturday, April 14, 2012
suratku untukmu :)
jom kita layan suratku untuk mu my future husband..
Kehadapan bakal suamiku (harap-harap ada satu saja kamu).
Oh, Laling (boleh saya call kamu laling kan?)
Laling, saya tulis ini bukan sebab saya nak kahwin cepat laling.. Bukan juga untuk menyindir dan meletak syarat tinggi2 ala puteri Gunung Ledang laling, tapi nukilan ini hanya semata luahan hati saya.
Oh Laling (chewah geli pulak dah ni)
Laling, I hope time I jumpa you nanti, you dah bersedia nak settle down and kahwin. Wah laling, geli you baca statement I kan? Tapi laling, I tak suke couple-couple. Couple dua tiga empat lima tahun pun, last2 putus jugak. I tau laling, ramai lelaki ni couple sekadar nak melepas kesunyian je. Maklum la kurang kasih sayang dari mak. Tapi tanggungjawab tak ada. Paling tak best kalau yang mau geli-geli aje. Eee tak suka la laling! Tambah dosa je tau kapel ni.
So kalau kita jumpa nanti laling, tapi saya jual mahal, laling jangan marah tau. Kalau saya tak boleh dating, you mesej saya dalam Facebook pun tak pe. Jangan mesej2 yang pelik2 pulak taw.. Saya report sama itu Mark Zuckerberg!
Oh laling,
Kalau nanti saya first time jumpa laling saya tanya dah Solat Subuh ke belum, laling jangan marah tau. Wajib tau laling saya ni tak tinggal solat. Saya tengok rakan-rakan saya selalu merungut pakwe die tak bangun pagi. Hantar mesej “good morning” pukul enam pagi haram tak balas. Ring-ring telefon die tiga empat minit pun tak angkat. Last-last pukul lapan baru mesej macam orang mamai “sorry sayang, I baru bangun…makan jom.” Ohh!! Tampar laju-laju! Okeh laling, nanti kalau dalam proses mengenal diri saya miscall-miscall pagi-pagi laling tak angkat…siap laling!
Pastu laling mesti tau Imam kan solat. Ye la, bukan ke kahwin ni macam bina masjid. Mana ada masjid boleh fungsi kalau takde Imam? Laling kata macamlah saya tak pernah tinggal solat? Eh, of cozz la saya tinggal solat, saya kan perempuan. Kikikiki…
Oh laling,
Kalau awal-awal kahwin nanti saya masak tak sedap laling jangan marah ek. Biasa la, sebelum ni masak untuk mama and papa je. Dah diorang suka garam banyak tu, minyak banyak ni. Tup tap laling kata banyak sangat pulak. Laling, nanti laling tegur la baik-baik. Kata “masakan sayang sedap, lain kali kurang skit garam je.”. penat tau saya masak.
Jangan pulak asyik2 makan kat luar sebab saya masak tak sedap. Paling kurang pun bagila buku resepi sebuah dua untuk hari jadi. Takpun periuk nasi Faber atau Elektrolux. Ni tak, asik-asik lupa je tarikh hari jadi dan hari anniversary kita. Sedih tau kita. Time ni la saya tunggu laling balas segala jerit perih saya masak dan jaga anak laling….
Oh laling,
Tau nanti tak lama lagi bila kahwin laling mesti mau anak. Kalau boleh satu pasukan bolasepak laling nak kan? Ye la, nanti boleh la jemput Chelsea datang KL buat friendly match! Anyway laling, I on je (wah terkejut kau!). Tapi syaratnye laling kenalah tolong-tolong kemas rumah dulu, handle lampin anak sama-sama, paling kurang tolong hidang apa yang saya masak. Penat laling? Saya pon penat gak. Laling pikir, kerja saya 8-5 hari-hari. Balik rumah terus masak makan malam, tukar lampin anak kemas rumah, cuci pinggan, basuh baju…lepas tu kena layan laling pulak. Heisss…kalau kurang layan laling nak jadikan tu alasan pasang dua pulak!
Senang-senang laling, kita upah bibik sorang. Lalingkan sayangkan I, so boleyla hire bibik sorang taw, kalau dua orang lagi ok.. Yang penting kita bahagia…kan laling?
Oh Laling,
Kalau nanti you jalan-jalan dengan I (of cozz lepas kahwin ok), laling jangan la malu nak pegang tangan. Ni saya tengok, pasangan suami isteri, suami jalan depan, isteri jalan punyelah kat belakang dengan anak-anak, laling. Paling tak best couple-couple muda remaja lalu sebelah boleh pulak bermesra-mesraan. Tangan tu lekatttt je kat pinggang ok. Laling, kenapa kita tak boleh macam tu? Malu ke laling? Saya tengok suami Arab boleh je pegang tangan bini dia. Bini kemain purdah lagi.(of coz I taktau camne rupa bini die. Kot rupe cam Salma Hayek tak tau la).
Dan laling,
Kalau laling tengok awek-awek cun depan mata jangan la laling sweet-sweet jeling-jeling pulak. Kalau laling type yang gatal depan-depan saya laling pi usik dia lagi. Amboi laling, laling suruh saya pakai tutup aurat segala jadi wanita muslimah, tup-tap bila laling keluar dgn saya laling pi tengok yang baju singkat macam Fasha Sendat. Apa laling kata “dia pakai macam tu laling tengok la?” Laling, dia pakai macam tu dosa dia dengan Allah aje. Tapi bila laling tengok laling pon tumpang dose sekali. Laling nak? Laling kata laling tak boleh tahan diri dari tengok? OK laling, next time kita keluar saya pakaikan blindfold ya. Dapat jugak pahala saya menghalang zina mata. Hihihhiihhi
Laling,
kalau you betul, betul sedia, I tunggu you lama-lama pun takpe. Maklum la I tau payah nak simpan duit untuk masa depan. Papa I pun makan megi je dulu taw, sebab nak kumpul duit kahwin. Tapi laling, kena la ingat untuk berjimat cermat. Jangan laling merungut sebab kos kahwin tinggi, tup-tap-tup-tap, laling pergi beli iPhone 4. Haa~~ kalau kahwin nanti lagilah. Jangan sengkek kalau anak nak beli coklat Tora Datang Lagi Dengan Mainan Pistol Air tapi laling boleh pulak pergi beli LCD TV. Apa laling kata, itu keperluan kita bersama? Ah, laling sorang je yang akan tengok TV nanti. Mesti laling kongker tengok Chelsea main EPL kan….
Laling, kita tak payah hidup kaya raya pun takpe. Kalau gaji laling kecik, kita campur dua jadi besar. Tapi jangan mengada-ngada nak anak ramai pulak kalau gaji kecik. Tak termakan diorang nanti. Bukan apa, saya cuma ingat kat anak je. Saya dapat makan separuh pinggan takpe. Asal anak dapat makan. Kalau tak dapat fulfill syarat tu jangan harap nak kahwin dua laling!
Cuma ingat laling, cari rezeki halal. Kalau halal, dengan perancangan rapi insyaallah laling, kita senang.
Sekian sajalah laling. Hope to see you soon! ^_^
4 u my future husband:)
Awak tahu x,
kenapa bila awak ajak keluar, saya x nak keluar berdua?
Sebab saya x nak ada yg ke3 antara kita…
Kenapa bila kita jmpa, saya bawa kawan temankn saya?
Awak x nak kan, awak nak kita jumpa berdua ja..
Tapi saya tak nak jdi nisa’ yang hancurkan iman seorang rijal…
Awak tahu kenapa saya lepaskan awak pada orang yang pernah sakiti hati awak..
Sebab saya ingat pesan awak, kita x tahu jodoh kita..
Dan saya nak tengok awak bahagia walaupun tanpa saya..
Awak perasan x ada sendu malam tu.. malam yg awak bagitahu siapa dia…
Mesti awak x perasan kan sebab saya x nak awak thu saya sedih awak pilih dia…
Awak tahu kenapa saya x bagi awak pegang tangan saya?
Sebab saya nak tangan awak tangan pertama yang saya cium selepas akad nanti..
Awak tahu kenapa saya x bagi awak kiss saya dalam phone or “direct kiss”
Sebab sy nak awak orang pertama kiss saya selepas sarung cincin kat masjid nanti..
Mesti awak cakap saya tunjuk baik kan..
Tapi awak, ini semua untuk awak,
Selagi saya dapat, saya akan jaga diri ini..
Ini janji saya pada bakal zauj saya…
kisah COUPLE :)
A: Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sangat lah kat awak. Bagi saya, awak perfect!
B: Ok, boleh je tade masalah. Couple ke?
A: Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan?
B: Ok. Bila nak kahwin?
A: Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah.
B: Ok, kita putus sekarang gak.
A: Eh, kenapa?????
B: Tiga sebab;
Satu, awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya taknak hati saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka.
Dua, kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah untuk mereka yang betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya walaupun tak kaya, dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.
Tiga, lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. "Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah." No.
A: Em..tp sy tetap nak awak. Dah bertahun2 tunggu awak.
B: "Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon." Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika saya masih belum berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan dorang. Ok, saya letak tepon dulu. Salam.
A: Wslm.
ketika Allah memilihmu untukku :)
Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..Ingin ku beritahu padamu..Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..Orang tua yg begitu sempurna..Dengan cinta yg begitu membuncah..Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..
Padamu yang Allah pilihkan untukku..Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..Karena kelak kita akan satu..Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,Kau dan aku akan menjadi 'kita'..
Padamu yg Allah pilihkan untukku..Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya..
Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..Itulah visi pernikahan kita..Ibadah pada-Nya ta'ala..
Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..Namun tatap mataku, tersenyumlah..Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..
Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..Maka dimataku kau adalah yang terindah,Kata2mu adalah titah untukku,Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..Maka kalau kau berkenan ku meminta..Jadilah hunian yg indah, yang kokoh...Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..
Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku...Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..Yang darahnya mengalir darah syuhada..Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..
Subscribe to:
Comments (Atom)



